

MUQADDIMAH
Segala puji bagi Tuhan semesta alam yang telah menurunkan kitabNya untuk panduan bagi umat sejagat. Selawat dan salam buat junjungan Nabi yang tercinta Muhammad S.A.W. Bagindalah yang menjadi qudwah di dalam kerangka untuk membina akhlak berteraskan al-Quran, bersyukur sekali lagi kehadrat Tuhan yang maha Esa yang telah memberi kekuatan dan pertolongan kepada kami.
1. TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan bagi rayuan memohon sumbangan derma dan tajaan daripada individu, syarikat korporat, bank atau koperasi dan lain-lain agensi tertentu dalam menjayakan PRORGAM KASIH HUFFAZ bagi membantu pelajar-pelajar tahfiz al-quran dan al-qiraat, pelajar-pelajar jurusan pengajian al-quran dan as-sunnah di peringkat Ijazah,Diploma di IPTA/IPTS, dan Kolej Islam, serta Huffaz Peringkat Sekolah Menengah, Rendah, dan Tahfiz TVET untuk memiliki kitab-kitab pengajian mereka.
Melalui kaedah (BELI TAJA DAN SUMBANG) Setiap pelajar huffaz ini akan
diperuntukan sebanyak RM 300 seorang
untuk mendapatkan kitab-kitab dan buku-buku pengajian mereka.